Solusi Masalah Burung

Solusi Masalah Burung

Selasa, 14 Mei 2013

Burung Botak Upeh


Gudang BurungBurung Botak Upeh ialah burung randuk besar yang tergolong dalam famili burung botak, Ciconiidae. Spesies ini hidup di Kemboja, dan Semenanjung Malaysia serta juga di pulau-pulau Indonesia seperti Sumatera, Jawa, Bali, Sumbawa, Sulawesi, dan Buton. Nama saintifiknya, Mycteria cinerea.




Burung Botak Upeh boleh mencapai 97 sentimeter panjangnya. Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Warna bulu Burung Botak Upeh putih kecuali mukanya yang botak dan berwarna merah serta bulu ekor dan bulu pelepah terbang yang panjang dan berwarna hitam-hijau berkilat-kilat. Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.


Burung Botak Upeh ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : hewan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Botak Upeh ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Botak Upeh tidak bergigi.

Burung Botak Upeh membiak dengan bertelur. Telur Burung Botak Upeh bercangkerang keras. Burung Botak Upeh merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...